Kelas Stem/Iot – Membuat Helikopter Kertas
21 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniKelas STEM/IOT : Membuat Helikopter menggunakan kertas yang telah diadakan pada 20 Febuari 2024 ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar lelaki yang berumur diantara 11 dan 16 tahun. Kelas ini telah berlangsung selama satu jam dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang.
Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan inovasi para pelajar. Hal ini kerana, dengan mencipta helikopter menggunakan kertas ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu tarikan graviti dan yang berkaitan (Ilmu Sains). Pelajar juga dapat bereksperimen dengan helikopter ciptaan mereka, dengan cara mengubah kepanjangan bilah helikopter tersebut.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: